Wednesday, July 18, 2012

15 Fakta Menarik Tentang Kucing

Nak tahu fakta menarik tentang kucing? Jom try check list kat bawah ni sama tak dengan kucing korang..



  1. Kucing dewasa ada lebih kurang 30 batang gigi manakala anak kucing pula ada lebih kurang 26 batang gigi.
  2. Kucing yang berbulu putih and bermata biru biasanya adalah tuli (buta), tapi derianya yang lain lebih tajam berbanding kucing yang normal.
  3. Misai kucing amat sensitif terhadap tekanan udara justeru memudahkannya bergerak pada waktu malam.
  4. Biasanya kucing akan memiliki 5 jari di kaki depan dan 4 jari di kaki belakang. Tapi ada juga kes tertentu di mana seekor kucing boleh memiliki hingga 7 jari kaki.
  5. 1 bulan umur kucing bersamaan dengan 6 bulan usia manusia.
  6. Kencing kucing boleh menyala dalam gelap (glow in the dark).
  7. Kucing spesis Felis Silverstrid-Catus (Kucing Rumah) merupakan salah satu haiwan predator terhebat di dunia. Ia mampu membunuh/ memakan beribu-ribu spesis haiwan, mengalahkan kucing 'besar' seperti singa dan harimau, yang hanya mampu membunuh lebih kurang 100 spesis haiwan.
  8. Kucing sudah bersosial dengan manusia sejak 3500 tahun lalu, di mana kucing digunakan untuk menghalau tikus dan binatang lain daripada merosakkan hasil tanaman.
  9. Berat normal kucing biasanya antara 2 - 7 kg dan jarang melebihi 10 kg, kecuali kucing tersebut terlebih diberi makan.
  10. Anggaran umur kucing biasanya 15 - 20 tahun umur manusia. Namun kucing tertua yang telah dicatatkan adalah berumur 36 tahun.
  11. Kucing merupakan haiwan pembersih kerana sering menjilat bulu mereka. Air liur kucing mempunyai daya pembersih yang kuat, tapi dapat  mengakibatkan alergik pada manusia yang kulitnya sensitif.
  12. Kucing merupakan haiwan yang kuat tidur. Purata waktu tidur dalam 1 hari adalah lebih kurang 12 - 16 jam.
  13. Di abad pertengahan, kucing selalu dikaitkan dengan ilmu sihir dan sering dibunuh dengan cara dibakar atau dibuang dari tempat tinggi.
  14. Terdapat lapisan pemantul cahaya yang dinamakan tapetum lucidum pada mata kucing, membolehkan mata kucing lekihatan seperti menyala pada waktu malam. Lapisan ini dikatakan 6 kali lebih kuat daripada mata manusia.
  15. Suara kucing selalunya ditulis "Meow/ Miaow" di kebanyakan negara, berbeza dengan di Indonesia ditulis Meong dan Jepun ditulis Nya.

p/s: Miyu sudah ngantuk laa.. Miyu tido dulu yea... :)

No comments:

Post a Comment

Jangan malu jangan segan, tulis laa apa-apa yang kau nak tulis. Janji bukan tujuan untuk menyakitkan hati sesiapa.. peace :)