Thursday, July 19, 2012

Niat Puasa Ramadan

Haa.. Ramadhan is around the corner.. Niat puasa jangan dilupa. Ada ke yang da lupa? Kalau ada, tak pe.. Sini ada untuk mengingatkan... :)


Bila da niat, tetapkan hati pulak. Jangan dok niat guna mulut je. Tapi tetap mengumpat, tetap ingkar perintah Allah.. Berpuasalah kerana Allah SWT, bukan kerana ikut-ikutan atau sebab terpaksa. InsyaAllah, moga-moga puasa kita semua diterima Allah SWT.. :)


P/S : Agak-agak kalau Miyu puasa, boleh tahan tak sampai waktu berbuka? Hihihi..

Wednesday, July 18, 2012

Hadis - Hadis Mengenai Kucing

~ 1 ~ 
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk berwudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan).
(HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

si hitam sedang 'mengeteh' (minum teh)


~ 2 ~
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi SAW pergi ke Bathhan iaitu suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

~ 3 ~
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing.
(HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Wallahu'alam..


P/S : Dulu mase kecik-kecik, aku geli jugak nak makan lebihan kucing aku.. hihihi.. 

15 Fakta Menarik Tentang Kucing

Nak tahu fakta menarik tentang kucing? Jom try check list kat bawah ni sama tak dengan kucing korang..



  1. Kucing dewasa ada lebih kurang 30 batang gigi manakala anak kucing pula ada lebih kurang 26 batang gigi.
  2. Kucing yang berbulu putih and bermata biru biasanya adalah tuli (buta), tapi derianya yang lain lebih tajam berbanding kucing yang normal.
  3. Misai kucing amat sensitif terhadap tekanan udara justeru memudahkannya bergerak pada waktu malam.
  4. Biasanya kucing akan memiliki 5 jari di kaki depan dan 4 jari di kaki belakang. Tapi ada juga kes tertentu di mana seekor kucing boleh memiliki hingga 7 jari kaki.
  5. 1 bulan umur kucing bersamaan dengan 6 bulan usia manusia.
  6. Kencing kucing boleh menyala dalam gelap (glow in the dark).
  7. Kucing spesis Felis Silverstrid-Catus (Kucing Rumah) merupakan salah satu haiwan predator terhebat di dunia. Ia mampu membunuh/ memakan beribu-ribu spesis haiwan, mengalahkan kucing 'besar' seperti singa dan harimau, yang hanya mampu membunuh lebih kurang 100 spesis haiwan.
  8. Kucing sudah bersosial dengan manusia sejak 3500 tahun lalu, di mana kucing digunakan untuk menghalau tikus dan binatang lain daripada merosakkan hasil tanaman.
  9. Berat normal kucing biasanya antara 2 - 7 kg dan jarang melebihi 10 kg, kecuali kucing tersebut terlebih diberi makan.
  10. Anggaran umur kucing biasanya 15 - 20 tahun umur manusia. Namun kucing tertua yang telah dicatatkan adalah berumur 36 tahun.
  11. Kucing merupakan haiwan pembersih kerana sering menjilat bulu mereka. Air liur kucing mempunyai daya pembersih yang kuat, tapi dapat  mengakibatkan alergik pada manusia yang kulitnya sensitif.
  12. Kucing merupakan haiwan yang kuat tidur. Purata waktu tidur dalam 1 hari adalah lebih kurang 12 - 16 jam.
  13. Di abad pertengahan, kucing selalu dikaitkan dengan ilmu sihir dan sering dibunuh dengan cara dibakar atau dibuang dari tempat tinggi.
  14. Terdapat lapisan pemantul cahaya yang dinamakan tapetum lucidum pada mata kucing, membolehkan mata kucing lekihatan seperti menyala pada waktu malam. Lapisan ini dikatakan 6 kali lebih kuat daripada mata manusia.
  15. Suara kucing selalunya ditulis "Meow/ Miaow" di kebanyakan negara, berbeza dengan di Indonesia ditulis Meong dan Jepun ditulis Nya.

p/s: Miyu sudah ngantuk laa.. Miyu tido dulu yea... :)

Lagi 17 Koleksi Rumah Kucing Yang Menarik

Jeles pulak bila tengok rumah kucing-kucing ni cantik sangat. Bilik aku pun tak secantik rumah kucing-kucing ni. Jom kita tengok rumah-rumah diorang yang umpama mahligai ni...


















Tuesday, July 17, 2012

Koleksi Barangan Harian Berbentuk Kucing

Keychain bentuk tapak kaki kucing

Bekas makanan bentuk kepala kucing

Bas sekolah berbentuk kucing di Jepun

Patung horta bentuk kucing

Selipar bentuk tapak kaki kucing

Nasi berbentuk kucing

Gunung berbentuk seperti kucing sedang tidur

Biskut lidah kucing.

Meja berbentuk kepala kucing

Kolam renang bentuk kucing

Teko air berbentuk kucing yang sedang memeluk ikan

Mug bentuk kucing dengan sudunya

USB hub berbentuk kaki kucing

Comel kan? Ternyata kucing memang menjadi pilihan ramai bukan hanya untuk dijadikan haiwan peliharaan, malah juga sebagai design untuk barangan harian manusia. Kucing memang makhluk Allah yang comel. Tak dapat nak dinafikan lagi kecomelannya. Tapak kakinya yang lembut jika disentuh, badannya yang berbulu halus, misainya yang panjang, mukanya yang comel, matanya yang menawan dan macam-macam lagi laa..

12 Rumah kucing yang owesome

Bagi cat lovers, pasti mereka mahukan yang terbaik untuk kucing-kucing mereka. Oleh itu, pelbagai rekabentuk rumah kucing telah direka. Di bawah ini adalah antara rumah-rumah kucing yang direka umpama istana.















Kucing Bukan Najis

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing itu tidak menjadi najis kepada manusia? Bagaimana pula Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis?

Jawapannya ialah..

Kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesusaikan diri dengan sentuhan otot manusia.

Permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh benjolan-brnjolan kecil yang runcing. Benjolan ini berbentuk bengkok dan menguncup seperti mata kikir atau gergaji. Ia sangat berguna untuk membersihkan kulit dan merupakan alat pembersih yang paling canggih. Dengan permukaan yang kasar, ia boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. Tambahan pula, ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. 


permukaan lidah kucing jyang kasar jika dilihat dari jarak dekat

Telah dilakukan pelbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut, telah dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Telah diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah seperti berikut...


Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun telah diuji berulang kali.

Kawasan di mana kuman telah sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dalam kandungan air liurnya. Ini menunjukkan bahawa kucing dapat melawan kuman yang telah diberikan kepadanya.

Cairan yang diambil dari permukaan lidah kucing juga menunjukkan ketidakhadiran kuman. Hanya sekali kuman ditemui semasa proses penyelidikan. Walaubagaimanapun, kuman yang ditemui termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus dan staphylococcus. Jumlahnya juga kurang dan membiak dalam lingkungan 50,000 pertumbuhan.



enterobacter


streptococcus


staphylococcus

Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Pelbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan makmal telah menyimpulkan bahawa kucing tidak memiliki kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang arif dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua makmal di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika ada sekalipun,itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia.

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.


peranti pembersih lysozyme

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan kawasan yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya. Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya adalah agar baktiria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Kalaukah bukan dari wahyu Allah SWT, sudah tentu Rasulullah SAW tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih dan bukan najis. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuan di zaman moden ini, sebenarnya telah diketahui kebenarannya oleh Rasul kita, Muhammad SAW sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahu’alam….