Thursday, February 28, 2013

Warna bulu kucing dari sudut Sains

Okay dalam post sebelum ni aku ada post pasal fakta warna bulu meow ni kan? Jom tengok penjelasan menurut sains pulak!

Kucing mahupun manusia, ataupun apa-apa jua hidupan di dunia ini adalah terbina dari susunan-susunan juzuk DNA dalam diri masing-masing. DNA adalah dianalogikan seperti blueprint, yang mengandungi arahan, maklumat, kod-kod, rahsia-rahsia dan sebagainya yang menentukan sesuatu organisma individu tersebut.

Rahsia DNA manusia masih belum dibongkar sepenuhnya lagi. Terdapat berbillion-billion kod-kod tertentu yang menentukan setiap aspek ciri dalam diri kita. Malah terdapat teori yang jangka hayat manusia turut terenkripsi dalam DNA kita!

DNA yang telah disusun dipanggil kromosom. Kromosom adalah set DNA yang terdapat di dalam sesebuah sel organisma. Bilangan kromosom adalah berbeza-beza mengikut organisma. Manusia misalnya mempunyai 46 kromosom dalam bentuk berpasangan (23 pasangan). Satu kromosom berpasangan tersebut berasal dari ayah, manakala satu lagi berasal dari ibu. Setiap kromosom mempunyai antara 1000-5000 genes. Gene adalah jujukan beberapa DNA yang menentukan satu ciri dalam badan kita. Satu gene boleh dibentuk sehingga menjangkaui 50,000 molekul DNA! Maka, bayangkanlah betapa banyak molekul DNA yang membentuk diri kita!

Dalam setiap organisma berjantina, terdapat 2 kromosom khas iaitu Kromosom X dan Kromosom Y. Seperti yang saya katakan, kromosom adalah dalam bentuk berpasangan. Pasangan antara X dan Y menentukan jantina kita. Sekiranya seseorang mempunyai kromosom XX, maka ia adalah perempuan. Dan jika XY, maka ianya adalah lelaki.

“Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, diantara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui”. 
~Surah Yaasin: 36~

Untuk dipendekkan cerita, kita pergi pada kucing terus. Salah satu ciri yang dikawal oleh DNA kucing adalah warna bulu kucing. Ciri-ciri ini ditentukan oleh kromosom X. Secara umumnya terdapat 3 jenis warna kucing yang dikawal oleh allel dalam kromosom X, iaitu warna cerah/oren (XO), warna gelap/perang (Xo). Allel adalah ciri-ciri yg disandarkan pada sepasang gene dalam kromosom.

Analoginya sebegini. Warna asal kucing adalah putih (tiada warna).XO adalah “cat” berwarna cerah(oren). Xo pula adalah “cat” berwarna gelap(hitam/perang). Maka campuran ketiga-tiga inilah yang menjadikan kucing mempunyai 3 warna! Maka bagi kucing yang mempunyai 3 warna, atau turut dikenali sebagai “calico” @ “tortoiseshell cats”, kucing ini mempunyai kedua-dua jenis allel iaitu XO, Xo yang di-ekspressikan secara serentak. Untuk kucing mempunyai kedua-dua allel tersebut, kucing tersebut mestilah mempunyai dua kromosom X! Dan hanya kucing betina yang ada 2 kromosom X, iaitu XX!

Kucing Jantan 3 Warna
Okay. Bagaimana pula persoalannya dengan 0.03% kucing jantan yang berbulu 3 warna itu? Dari mana datangnya?

Seperti manusia, kucing juga mengalami satu masalah genetik yang dipanggil Kleinfelter’s SyndromeKlinefelter Syndrome berlaku apabila kromosom yang menentukan jantina seseorang seseekor yang sepatutnya berpasangan, menjadi tiga iaitu lebih satu kromosom X.

Seperti yang kita ketahui, kromosom jantina lelaki/jantan adalah XY. Manakala perempuan/betina pula, adalah XX. Tapi dalam Kleinfelter Syndrome, kromosom jantina yang dimiliki adalah XXY. Dari segi penampilan luaran, organisma XXY ini adalah lelaki/jantan (kerana kehadiran kromosom Y), tetapi adalah mandul (infertile)! Justeru, kucing jantan yang mempunyai 3 warna (kerana ada 2 kromosom X yang menentukan warna), pasti mengidap Klinefelter Syndrome dan justeru itu, infertile!

Bagaimana pula sekiranya anda mempunyai kucing jantan, 3 warna, tetapi “gagah perkasa kejantanannya”? Hehe.

Kucing Chimera
Inilah kejadian Tuhan yang sangat-sangat istimewa. Ia dipanggil 'Chimera'. Chimera adalah satu fenomena yang sangat-sangat jarang terjadi, iaitu dua zygote disenyawakan secara serentak, malah bergabung menjadi satu embryo ketika proses pembentukan di dalam uterus ibu.

Fenomena dua zygote disenyawakan serentak adalah relatifnya biasa. Contoh paling mudah, kembar tidak seiras. Kembar tidak seiras terbentuk sekiranya dua ovum disenyawakan oleh dua sperma, membentuk dua zygote. Dua zygote ini mungkin mempunyai jantina yang sama ataupun berbeza dan juga ciri-ciri yang sama ataupun berbeza.

Jadi apa itu chimera? Bayangkan dua zygote kembar tidak seiras ini mempunyai jantina yang sama, bergabung ketika proses tumbesaran dalam uterus dan menjadi satu! Chimera tersangatlah jarang terjadi. Hanya 40 kes yang pernah dilaporkan dan direkodkan sepanjang jangka hayat kehidupan umat manusia.
Begitulah juga dengan kucing chimera. Asalnya dari dua zygote yang sama jantina tetapi berlainan warna, kemudiannya bergabung dan dilahirkan menjadi seekor kucing (kucing jantan sejati tetapi 3 warna). SubhanaAllah!

"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.
[13:3] 

Warna bulu kucing

Tahukah anda?
Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina! Dan walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!

Justeru, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini!

~baby~

Sawang dah bersawang

Assalamualaikum semua..

Hai...memang berhabuk sudaaa blog nih.. Maaf. Aku lupa yg aku ada blog nih. Haahaahahhaah... Bley macam tu gak ek..?? :p

Maklumlah umur dah makin meningkat... semester pon makin mencabar.. Kena fokus lebey bagi memastikan aku dapat tempat dalam dunia pekerjaan kelak! Doakan aku k kawan2..

Okay untuk mukadimah selepas berbulan2 tak update, aku sajikan korang beberapa entri baru.. selamat membaca... :)

ihsan dari pakcik Google~

Rasulullah & kucingnya


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu mengendong Mueeza dan diriba di atas pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksaan neraka.
Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.