Tuesday, July 17, 2012

Kucing Bukan Najis

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing itu tidak menjadi najis kepada manusia? Bagaimana pula Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis?

Jawapannya ialah..

Kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesusaikan diri dengan sentuhan otot manusia.

Permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh benjolan-brnjolan kecil yang runcing. Benjolan ini berbentuk bengkok dan menguncup seperti mata kikir atau gergaji. Ia sangat berguna untuk membersihkan kulit dan merupakan alat pembersih yang paling canggih. Dengan permukaan yang kasar, ia boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. Tambahan pula, ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. 


permukaan lidah kucing jyang kasar jika dilihat dari jarak dekat

Telah dilakukan pelbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut, telah dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Telah diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah seperti berikut...


Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun telah diuji berulang kali.

Kawasan di mana kuman telah sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dalam kandungan air liurnya. Ini menunjukkan bahawa kucing dapat melawan kuman yang telah diberikan kepadanya.

Cairan yang diambil dari permukaan lidah kucing juga menunjukkan ketidakhadiran kuman. Hanya sekali kuman ditemui semasa proses penyelidikan. Walaubagaimanapun, kuman yang ditemui termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus dan staphylococcus. Jumlahnya juga kurang dan membiak dalam lingkungan 50,000 pertumbuhan.



enterobacter


streptococcus


staphylococcus

Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Pelbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan makmal telah menyimpulkan bahawa kucing tidak memiliki kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang arif dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua makmal di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika ada sekalipun,itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia.

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.


peranti pembersih lysozyme

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan kawasan yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya. Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya adalah agar baktiria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Kalaukah bukan dari wahyu Allah SWT, sudah tentu Rasulullah SAW tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih dan bukan najis. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuan di zaman moden ini, sebenarnya telah diketahui kebenarannya oleh Rasul kita, Muhammad SAW sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahu’alam….

No comments:

Post a Comment

Jangan malu jangan segan, tulis laa apa-apa yang kau nak tulis. Janji bukan tujuan untuk menyakitkan hati sesiapa.. peace :)